Definisi Masjid:
Masjid (مَسْجِد) pada bahasa Arab ialah nama bagi tempat bersujud. Dari sudut syara’nya boleh ditakrifkan kepada dua: Tempat permukaan bumi, ini berdasarkan sabda Nabi SAW:
وَجُعِلَتْ لِيَ الأَرْضُ مَسْجِدًا وَطَهُورًا
Maksudnya: “Dijadikan bagiku bumi ini sebagai masjid (tempat bersujud)”
Riwayat al-Bukhari (438)
Maksud Pengimarahan:
أَجَعَلْتُمْ سِقَايَةَ الْحَاجِّ وَعِمَارَةَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ كَمَنْ آمَنَ بِاللَّـهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَجَاهَدَ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ ۚ لَا يَسْتَوُونَ عِندَ اللَّـهِ ۗ وَاللَّـهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ
Maksudnya: Adakah kamu sifatkan hanya perbuatan memberi minum kepada orang-orang yang mengerjakan Haji, dan (hanya perbuatan) memakmurkan Masjid Al-Haraam itu sama seperti orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta berjihad pada jalan Allah? Mereka (yang bersifat demikian) tidak sama di sisi Allah, dan Allah tidak memberikan hidayah petunjuk kepada kaum yang zalim. Surah al-Taubah (19).
Isu yang paling ketara sekarang ini adalah masjid yang sunyi hanya dikunjungi oleh orang-orang tua. Berdasarkan masalah ini buat satu blog tentang masjid tersebut bertujuan untuk menarik Jemaah ke masjid.
Kelebihan Mengimarahkan Masjid
Allah SWT berfirman:
إِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَاجِدَ اللَّـهِ مَنْ آمَنَ بِاللَّـهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَأَقَامَ الصَّلَاةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَلَمْ يَخْشَ إِلَّا اللَّـهَ
Maksudnya: Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah.
(Surah At-Taubah: 18)
Masjid dengan Masyarakat Umum:
Manfaat masjid kepada masyarakat islam merupakan perkara yang diketahui umum. Nabi S.A.W meminta untuk mengumumkan pernikahan di masjid seperti hadis daripada Saidatina Aisyah R.A. sabda Nabi SAW:
أَعْلِنُوا هَذَا النِّكَاحَ وَاجْعَلُوهُ فِي الْمَسَاجِدِ وَاضْرِبُوا عَلَيْهِ بِالدُّفُوفِ
Maksudnya: Umumkanlah pernikahan ini di Masjid serta (meriahkan) pukullah gendang
Riwayat al-Tirmizi (1089)
Masjid juga merupakan tempat penjagaan harta masyarakat islam. Ini seperti yang dilakukan pada zaman Khulafa Al-Rasyidin Usamah bin Zaid Al-Tanukhi dengan mengasaskan masjid sebagai pusat baitul mal yang bertempat di Fustat Mesir. (Lihat Al-Mawaiz wa Al-iktibar bi Zikri Al-Khatat Wa Athar: 3/153).
Begitu juga dengan urusan kehakiman dan qadi pernah juga dilakukan di masjid seperti pemilihan qadi yang dilakukan oleh Sultan Nuruddin terhadap Qadi Kamal al-Din al-Shahruzuri di masjid Al-Umawi selepas solat Jumaat (Lihat Al-Daris Fi Tarikh Al-Madaris: 2/306).

No comments:
Post a Comment