Masjid As Solihin Paya Rambai, Kota Bharu Kelantan.
Kajian keatas Masjid As Solihin Paya Rambai ini telah dilakukan oleh kumpulan kami untuk mengkaji keadaan masjid dan sebab golongan muda kurang mengunjungi masjid tersebut. Terdapat beberapa faktor dan punca golongan muda kurang untuk mengunjungi masjid tersebut.
1. Kurang kemajuan dalam infrastruktur Masjid As Solihin Paya Rambai.
Kemudahan infrastruktur yang kurang di Masjid As Solihin Paya Rambai. Ini menyebabkan golongan muda kurang tertarik untuk mengunjungi masjid ini. AJK masjid seharusnya menyediakan atau mewududkan tempat khas untuk golongan muda yang ingin menambah ilmu agama seperti galeri pembelajaran malahan dapat menyediakan buku - buku yang berkaitan hadis Rasullulah SAW, buku salasilah keluarga baginda dan sebagainya yang berkaitan ilmu agama. Ini meyebakan golongan muda lebih tertarik untuk sering menjalankan ibadah di masjid tersebut. Selain itu juga, mereka juga lebih selesa dengan mempelajari ilmu agama tanpa diganggu oleh orang lain kerana berada di bilik yang telah disediakan untuk mereka yang ingin menambah pengetahuan. Oleh itu, secara tak langsung dapat mengimarahkan masjid ini dengan kehadiran anak-anak muda terutama golongan yang 15-20 tahun.
2.Fungsi Masjid As Solihin Paya Rambai yang terhad.
Masjid yang boleh mempelbagaikan fungsinya mampu menarik masyarakat islam untuk terus istiqamah mengimarahkan masjid. Namun secara umumnya banyak masjid yang masih kekal dengan fungsi asasnya sebagai tempat ibadah khusus dan beberapa urusan lain. Pada ketika ini terhad dan terbatas kepada aktiviti rutin seperti solat berjemaah,kuliah, urusan pernikahan, kematian dan ibadah korban. Tidak banyak masjid yang mampu menjalankan aktiviti yang melibatkan komuniti yang lebih luas seperti program bersama persatuan penduduk, riadah dan kesukanan atau sambutan programtertentu melibatkan orang Islam dan orang bukan Islam. Keterbatasan ini dapat dikaitkan dengan beberapa kekangan seperti pemikiran ahli jawatankuasa masjid (AJK) yang tidak terbuka dan segelintir masyarakat yang menganggap program atau aktiviti seperti klinik usahawan, kempen kesihatan, pusat kaunseling, kelas tuisyen, kelas pertahanan diri dan sebagainya tidak boleh dianjurkan di masjid.




No comments:
Post a Comment